Sunday 5 June 2011

Kau Memang Cool.



Kau cool bila kau cerita keburukan orang dan kawan2 kau ikut kutuk sama.
-Lagi cool bila kau kene macam tu balik.

Kau cool bila kau post yang kau gaduh dengan BF/GF or Laki/Bini kat FB supaya kawan2 kau simpati and back up kau.
-Lagi cool bila orang lagi pandang serong kat kau. Silap2 post kau tu kene buat main2 je. Masalah kau takkan selesai la beb.

Kau cool bila kau cakap kau seorang yang sombong dan ada perkataan tambahan iaitu 'SO?'
-Kau memang cool. Get lost ! HAHA.

Kau cool bila kau post yang kau da remove/block seseorang dari friendlist sebab kau cakap diorang tu menyemak je.
-Lagi cool bila lagi ramai yang da remove/block kau dari frienlist mereka.

Kau cool bila kau cakap macam ni "budak baru nak 'up' tu." atau "tak matured langsung".
-Lagi cool orang tu balas balik macam ni "biar la, yang kau sibuk pesal?"

Kau cool bila kau sembang lebat macam benda yang kau buat tu confirm jadi and ayat2 kau memang power.Over-confident la kau.
-Lagi cool bila benda yang kau buat tu tak jadi apa. Jadi bahan gelak ada. *kalau memang nak buat lawak takpe.


Kau cool bila kau buat Blog macam aku ni. HAHA
-Lagi cool bila orang komen kat kau macam ni "Yang kau sibuk hal orang pesal? kau ni budget macam cool je. Get Lost la !" dan blog kau dibuat main2 , juga dijadikan bahan kutukan. Silap2 kau kene remove/block dari frienlist mereka. 

sangat tak cool.
sekian. Salam

Tuesday 26 April 2011

Kenapa kau benci aku?



Malaysia adalah negara yang agak maju dan pesat membangun dari masa ke semasa. Tak ke kita berasa bersyukur dapat hidup damai makmur , bebas dari peperangan , harmoni di negara sendiri? kalau tak, cakap tak. =) Malaysia juga terdapat berbilang kaum iaitu cina , india dan melayu. Juga , pendatang2 yang datang dari negara jiran yang datang untuk mencari rezeki di negara kita seperti indonesia , bangladesh dan sebagainya. emm.. bosan lak cerita macam ni..

Ok2.. aku masuk balik kat topik asal..
"Kenapa kau benci aku?" ni bkn soalan aku pada korang.. Tapi ni adalah soalan dari orang yang tak bersalah tapi di ' label ' kan macam pesalah. Boleh juga diguna pakai untuk orang yang terasa. Mesti korang tak berapa faham kan *kau konfius yer jang?. Aku sebenarnya nak cerita pasal rasis dan 'label/cop2'. Yelah ,  negara kita ni berbilang kaum mcm aku tulis kat atas tu.. kita bergaul dengan ramai orang dan macam2 orang kita jumpa yang pengkid lain , nyah nya lain , rempit lain , gay la pe la emm macam2 la kan.. aku harap korang tak amik hati la ye kepada mana2 yang terasa tu.. Senyum je.. aku saje je nak share pendapat.. bole kan..


Firstly, korang ada perasan tak kekadang ada orang cakap seakan2 camni "kau ni berbual keling la.." , ayat ni macam biasa kan.. tapi ada sikit unsur penghinaan kat situ.. slalu ayat ni ditujukan kepada orang yang cakap lebih or cakap tak serupa bikin.. dan keling tu menggambarkan orang india.. (wiki2) Q:Kalau orang india suka cakap lebih , macamana dgn melayu or cina? cukup jujur ke? .. jangan la cakap camtu , tak baik (kalau takda orang nampak takpe.. hik hik..)

Lagi satu,kalau ada dengar/tengok berita tentang pembunuhan ke , and yang pembunuhnya tu cina.. kebanyakkan yang aku dengar si melayu akan cakap camni "tu la cina.." or akan maki gila babun + sumpah seranah orang cina.tak pasal orang cina yang tak bunuh orang pun ke sumpah. tak pun tak tau pun pembunuhnya siapa tapi si melayu ni da tau da jawapan nye lebih kurang camni "cina la tu.." takpun "keling la tu.. biasa lah".. tak pasal2 kan. patut ke? aku rasa tak patut.. korang rasa?

Ada jugak , kalau nampak indonesia/bangladesh , dia merendah2kan,menghina.. selalu jugak membe2 aku bergurau , if macam serabai2 je dia 'label' macam 'indon'. if busuk je diorg 'cop' bangla. if gelap macam keling.. hina ke kalau kulit gelap.. kulit putih tak semesti ati bersih.. diorg orang susah.. berusaha datang sini cari kerja..cari duit..ikhlas la tu.. kita ada? aku tak cakap takda.. tapi ada jugak la kan..


Ok la , kalau tak pasal bangsa pun .. yelah , sejak ada kempen 1Malaysia ni mungkin benda2 macam tu da berkurang kot. insyaAllah.. ada lagi pasal lain lak.. aku pernah terperasan ada seorang budak yang bagus , perfect ni (yerk~!) dia post kat Facebook (FB) lebih kurang camni la "aku berjalan dengan sempoi tetiba aku ternampak mamat ensem ni , lalu aku memerhatikan nya.. perhati punye perhati skali perempuan da.. Bodoh punya pengkid ! macam sh*t la kau.." tak pasal2 , sape suh dia gatal sgt.. si pengkid tu tak kacau dia pun.. if tak suka tak yah la nak sh*t2kan orang.. . . . . . ada jugak yang share video Mak Nyah pastu komen kutuk2 pasal mak nyah. aku bukan suka kat mak nyah..cuma perlu ke kalau tak suka sampai nak mengaib2kan orang tu. biarla dengan hidup dia camtu. mungkin dia da dilahirkan camtu.. .jangan sisirkan diorang.. :and tak semesti lelaki lembut tu maknyah , perempuan yang agak keras tu pengkid kan.. tak kisah la dia lembut ke keras ke selekeh ke .. biarla.. takyah nak label2kan orang.. kita tak tau ati diorg camne kan..

ada jugak , emm.. da panjang rupenye.. ha.. skip la cmni..


Ok.. baru2 ni , mula aku terperasan ada budak share dari mana tah pasal "24 perkara perempuan yang laki tak suka" eh.. haa.. lebih kurang camtu la kot.. dalam post tu mmg 24 perkara la mengutuk pasal perempuan.. yang laki baca gelak2 suka.. termasuk aku.. hehe.. yela.. dalam tu mmg kutuk kaw2 nye.. and ayat nye mmg mendalam.. lepas aku baca aku pn share la letak kt wall aku.. saje kan cari pasal.. tapi respon yang aku dpt dari pihak perempuan sgt positif.. tu yg matang kot.. hik..niat aku pun bukan nak provoke.. saje gurau2 dengan membe.. diorg ok je.. lepas selang bape hari.. ternampak pulak pasal "berapa perkara lelaki entah yang perempuan tak suka" lebih kurang cam kat atas la.. yang ni kutuk pasal laki lak.. aku pun baca gak.. tapi  aku tak rasa marah pun.. sebab perkara2 tu tak kene pun pasal aku.. miss je.. :P tapi aku bukan nak cerita pasal aku marah ke tak marah ke or post tu cool ke tak cool.. aku cuma nak cerita.. cemon la guys.. ape mende semua ni? Tuhan cipta kita lelaki gn perempuan.. masing2 ada kelebihan dan kelemahan.. dan masing2 perlukan sesama sendiri.. kalau tak macamane nak dpt anak.. hehehe .. gurau je.. emm.. ha.. kn da lupa.. em.. ha.. so takyah la nak jadi tuhan nak tunjuk keburukkan orang and mengaibkan orang..jaga pekung sendiri k..

Jadi ,  kenapa kau benci diorang? jangan la benci sesama sendiri..hargai hidup kita yang harmoni ni..
aku cerita ni pun , aku pn tak lah bagus.. just nak share je.. jaga diri sendiri dulu sebelum nak jaga orang lain..
ok la.. tu je.. mungkin isi nya tak banyak.. aku harap korang paham je.. terima kasih kepada yang membaca mahupun yang tak.. :)

Ni 1st blog aku.. So bagi sokong sket k..

*Gamba-gamba kat atas tu aku amik kat google je.

Bye-2